1. Tidak makan selepas makan malam.
Biasalah waktu PKP ni, telefon atau remote television
sentiasa di tangan. Walaupun telah selesai makan malam, tetap masih terasa
laparnya. Jika anda tidak mengawal diri anda daripada makan semula setelah
selesai makan malam, anda sebenarnya telah ‘mendera’ perut anda sendiri!. Anda
akan memaksa perut anda bekerja sepanjang malam untuk mencerna makanan yang
telah dimakan.
Badan anda sebenarnya akan membakar lemak di badan semasa
anda tidur. Proses ini berlaku sepanjang malam. Tapi anda sendiri yang
mengubahnya dengan memaksa untuk mencerna makanan pula sepanjang malam.
Jadinya, tahan rasa lapar anda tadi, dan lihatlah hasilnya dalam tempoh
seminggu sahaja.
2. Masukkan protein dalam setiap makanan anda.
Tahukah anda dengan mendapatkan protein boleh membantu anda untuk kenyang lebih lama? Ya, ini adalah fakta yang ramai tidak tahu. Antara selang masa waktu makan anda, protein dapat memberikan rasa kenyang dan ini sekaligus dapat mengelakkan anda daripada makan semasa dalam tempoh masa tersebut. Dengan protein, kadar metabolisme menjadi lebih pantas.
Perkara ini sebenarnya
memerlukan tenaga yang lebih banyak untuk mencerna makanan berprotein tadi
lebih daripada tempoh masa mencerna lemak atau karbohidrat. Tips untuk kurus
dengan pantas / cepat adalah dengan makanan yang kaya dengan protein adalah
seperti stik tanpa lemak, kacang, youghurt, dada ayam, kerang dan sebagainya.
3. Buat catatan senarai anda.
Tahukah anda, dengan mengawal pemakanan, anda boleh
menjadikan anda seorang yang berdisiplin?
Buat senarai makanan yang anda perlu makan secara harian.
Lebih baik jika anda buat secara khusus seperti waktu makan sarapan, tengah
hari, minum petang, dan makan malam. Tulis dan tampal di tempat yang senang
lihat, contoh di dapur atau di pintu peti sejuk.
Ikut senarai tersebut. Jangan langkau kerana sekali je anda
langkau, anda pasti berasa selesa. Dan selesa itu akan membuatkan anda hilang
semangat dan akhirnya diet anda ke laut dalam!
Boleh juga guna apps seperti My Fitness Pal. Aplikasi ini
boleh membantu anda menjaga diet agar terus sihat berpandukan kepada arahan
yang diberikan. Anda juga boleh baca disini untuk dapatkan jadual yang tepat
untuk badan anda diet dengan teknik formula kurus yang betul.>>
4. Elakkan minum minuman mengandungi kalori yang tinggi.
Ramai mereka yang dalam proses diet merosakkan diet mereka
dengan minum minuman bergas / berkabohidrat, minuman keras dan juga jus. Ramai
yang kecundang dengan diet minuman bergula ini. Perkara yang berlaku ketika
anda dehidrasi atau kekurangan air dalam badan, segera mencari air kosong.
Seperti kisah Ronaldo yang mengalihkan air Coca-cola dan menggantikannya dengan
air botol mineral. Ronaldo adalah bukti hidup bahawa amalan pemakanan yang
sihat mampu memberikan hasil yang hebat.
Minum air kosong dapat menyahtoksin bahan yang tidak elok di
dalam badan kita. Macam mana nak kurus dengan cepat jika minuman bergula yang
kita ambil setiap hari? Amalkan minuman kosong setipa hari. Jika anda merasa ‘bosan’
minum air kosong, boleh potong buah-buahan dan campur sedikit dalam minuman
anda untuk memberikan variasi yang sihat!
5. Makanlah 3 kali dalam sehari, bukan 5 atau 6 hidangan
kecil.
Mengikut pengalaman seorang ahli diet berdaftar yang
mempunyai pengalaman selama 16 tahun, beliau telah melihat ramai orang yang
berusaha untuk kurus mempunyai jadual makanan sepanjang hari dan hanya berhenti makan semasa nak tidur!
Cuba buat jadual anda sendiri, pilih masa yang sesuai untuk
makan. Pastikan ianya mengandungi protein, sayur-sayuran, buah-buahan yang
lengkap setiap kali masa makan sampai. Anda makan makan yang memuaskan,
kemudina tunggu lagi untuk jadual makan yang berikutnya.
Ini menyebabkan badan anda kehilangan kalori sekaligus
membakar lemak-lemak yang ada dengan pantas. Ini juga dapat menjawab persoalan
macam mana nak kurus cepat dengan formula malas.
Atau untuk dapatkan tips yang lebih hebat, boleh terus ke
sini >>
No comments:
Post a Comment