1. Kurangkan mengambil makanan yang tinggi lemak,
karbohidrat dan kalori. Ini termasuk mengelakkan makanan yang diproses, makanan
segera, makanan berlemak tinggi dan makanan yang tinggi gula tambahan. KFC,
PIZZA, dan yang seangkatan dengannya perlu dikurangkan sehingga ke tahap anda
sudah tiada rasa keinginan yang tinggi untuk memakan jenis makanan seperti ini.
Faktor peningkatan kadar kolesterol dalam kalangan golongan muda masa kini juga
turut membimbangkan. Inilah salah satu faktornya, iaitu pemakanan yang tidak
tepat dan tiada pemantauan dan penjagaan yang betul.
2. Tambahkan pemakanan berasaskan sayur-sayuran,
buah-buahan, protein sihat dan serat ke dalam diet anda. Makanan-makanan ini
mengandungi nutrisi penting yang membantu menurunkan berat badan sambil memberi
anda rasa kenyang yang lebih lama. Rasa kenyang yang lama sememangnya satu
bonus untuk anda kurangkan makan anda. Kurang makan = badan cepat kurus. Ingat
formula ini sebaiknya, selain daripada diet yang ketat. Selepas ini, banyakkan
memakan makanan berasaskan sayuran dan buah-buahan yang tinggi seratnya.
3. Sediakan makanan anda sendiri di rumah daripada membeli
makanan di luar. Ini membantu anda mengawal kandungan gula tambahan, garam dan
lemak dalam makanan yang anda makan. Percayalah, mulakan dengan penyediaan
makanan yang ringkas juga sudah memadai. Yang penting anda dapat belajar
mengawal apa yang sepatutnya anda makan untuk kurus cepat dalam 1 minggu. Anda
boleh rujuk di internet , resepi diet yang mudah yang anda boleh amalkan dengan
segera tanpa memerlukan kos yang tinggi, hanya disiplin yang memisahkan antara
kejayaan atau kegagalan anda dalam mencapai target untuk kurus cepat dalam masa
1 minggu.
Ini cara saya kurus dengan cepat : Formula Kurus Cara Malas
4. Banyakkan aktiviti fizikal dalam rutin harian anda.
Senaman-senaman aerobik seperti jogging, berenang atau berbasikal serta
senaman-senaman kekuatan seperti latihan beban merupakan cara yang baik untuk
menurunkan berat badan. Mulakan dengan menghadiri gimnasium terdekat di tempat
anda. Tak perlu pergi yang berbayar jika tiada kemampuan. Juga boleh bersenam
di taman-taman permainan yang menyediakan untuk untuk melakukan senaman ringan.
Gunakan sebaiknya!
5. Ambil masa untuk berehat dan tidur yang cukup setiap
malam. Penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang tidak mendapat tidur yang
cukup cenderung lebih lapar dan lebih cenderung memakan makanan yang tidak
sihat. Saya juga selalu berada dalam situasi seperti ini. Tidur lewat dan
keesokan paginya akan berasa sangat lapar. Ini menyebabkan saya makan sarapan
seperti makan tengah hari. Baru saya sedar bahawa, tidur yang cukup juga
membantu dalam proses menguruskan badan dengan cara yang sihat.
6. Elakkan makan selepas jam 8 malam. Memakan makanan
terlalu dekat dengan waktu tidur boleh menjejaskan penyerapan nutrien dan
meningkatkan risiko obesiti. Waktu yang ideal untuk makan malam adalah antara
jam 6 petang hingga jam 7 petang. Ini bertujuan supaya anda tidur awal dengan
segera tanpa sempat berasa lapar. Jika anda makan jam 6 petang , namun tidur
lewat, menyebabkan anda cepat berasa lapar dan akhirnya anda akan makan lewat
malam menghampiri waktu tidur.
7. Minum banyak air. Air membantu mengeluarkan toksin dari
tubuh anda serta membantu mengurangkan rasa lapar. Pastikan air yang diminum
adalah air kosong. Minum sebanyaknya namun jangan sehingga berlebihan. Sentiasa
bawa air ke tempat kerja atau letak di tempat yang anda senang lihat. Ini
bertujuan anda tidak terlupa untuk minum air kosong dengan kuantiti yang cukup
untuk badan anda.
8. Berhenti merokok dan minum alkohol. Kedua-dua tabiat ini
boleh meningkatkan risiko obesiti dan masalah kesihatan yang lain. Ya, untuk
berhenti merokok bukan perkara yang mudah. Mulakan dengan pengurangan jumlah
batang rokok yang anda hisap setiap hari. Kemudian sedikit demi sedikit anda
boleh kurangkan. Set target sendiri, contoh selepas sebulan, anda dapat
kurangkan menjadi sekotak rokok sahaja berbanding 10 kotak rokok sebulan.
Minuman alkohol pula, anda boleh kurangkan dengan tidak pergi ke tempat-tempat
yang ada menjual minuman alkohol tersebut. Anda pasti boleh Berjaya
melakukannya!
9. Cari sokongan dan bantuan daripada rakan-rakan atau ahli
keluarga. Berdiskusi tentang matlamat anda dengan orang lain boleh membantu
anda tetap terdorong dan fokus. Sokongan anda cari adalah bermula dengan mereka
yang paling dekat disisi anda. Contohnya, isteri atau suami anda. Beritahu
matlamat anda supaya mereka sama-sama dapat mengingatkan matlamat dan fokus
anda dan mengelakkannya daripada tersasar jauh.
10. Berbincang dengan doktor atau pakar kesihatan sebelum
mencuba cara-cara pelangsingan atau suplemen yang tidak diketahui. Ini
memastikan bahawa apa yang anda lakukan adalah selamat dan sesuai untuk anda.
Sudah banyak kes, mereka yang tersalah mengambil supplemen tanpa bantuan dan
rujukan doctor mengakibatkan penyakit baru hadir hadir. Bahkan ada yang lebih
teruk, buah pinggang mereka rosak selama-lamanya. Pastikan anda semak kebenaran
penjualan produk dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan semak sama ada
mengandungi bahan terlarang.
No comments:
Post a Comment